Penginapan

Kolej Antarabangsa Victoria mempunyai pelbagai kemudahan untuk keselesaan para pelajar. Perkara yang paling utama yang perlu difikirkan dan dirancang dengan lebih awal bagi seseorang pelajar antarabangsa untuk membuat keputusan belajar di Kolej Antarabangsa Victoria ialah tempat tinggal dan belajar. Pangsapuri atau rumah sewa melibatkan beberapa keperluan dan pihak Kolej Antarabangsa Victoria hanya menyediakan kemudahan untuk pelajar tempatan sahaja. Perkhidmatan yang disediakan termasuk senarai kompleks pangsapuri berdekatan dengan Kolej Antarabangsa Victoria iaitu alamat, no telefon, jarak dari kampus, bilangan bilik tidur yang kosong, kemudahan-kemudahan lain dan kadar harga. Senarai tersebut disediakan untuk mereka yang mencari pangsapuri berdekatan dengan kampus yang akan memudahkan pergerakan para pelajar.

Selain itu juga, kemudahan-kemudahan mudah didapati di ruang akhbar di bahagian pengiklanan. Rumah-rumah pangsapuri biasanya akan tersedia dengan kemudahan asas sesuai dengan keperluan pelajar. Para pelajar boleh berinteraksi dengan kakitangan kami.

Sekiranya para pelajar di sini, pelajar boleh bergerak dengan memandu di mana-mana sahaja untuk melihat dan memeriksa tempat atau kejiranan yang sesuai. Pelajar boleh membandingkan jarak antara rumah dengan kampus. Kebanyakan pangsapuri yang disediakan mempunyai kemudahan pengangkutan awam dan memudahkan setiap pergerakan.

Pejabat pengurusan pelajar antarabangsa boleh membantu pelajar dalam mendapatkan kemudahan. Di pejabat pengurusan pelajar antarabangsa bertindak sebagai penasihat atau pemudahcara dan bukannya untuk membuat pertanyaan, temujanji, atau komitmen sewaan atau mana-mana tawar menawar dengan penyewa. Seseorang pelajar antarabangsa hendaklah berusaha sendiri bertemu dengan penyewa, mencari kemudahan rumah sewa dan menandatangani perjanjian jual beli. Ini kerana bagi mendapatkan kepelbagaian dari segi kos dan kualiti kemudahan lebih baik seseorang individu itu sendiri yang pergi menguruskan secara personal. Disampin itu juga, para pelajar ini dapat tinggal bersama-sama rakan-rakan atau rakan sekelasnya.