Kursus ini bertujuan membolehkan pelajar memahami penggunaan
Bahasa Malaysia serta membolehkan pelajar berkomunikasi dan bertutur
dengan baik menggunakan Bahasa Malaysia termasuklah menulis dan
membaca.
Setelah mempelajari kursus ini pelajar dapat mencapai perkara-perkara
berikut;
- mengetahui sejarah perkembangan Bahasa Malaysia termasuklah sistem bunyi, sistem ejaan Rumi, Kosa kata dan tatabahasa.
- Boleh mendengar dan memahami pertuturan dalam pelbagai situasi.
- Boleh bertutur dalam perbualan seharian.
- Boleh melahirkan idea dan perasaan secara lisan dan penulisan.
- Boleh membaca dan memahami bahan-bahan bacaan yang mudah.